BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 3, 2010

WILHELM ROENTGEN???

siapakah dia ini???...
kalau nak tahu baca lah sendiri...
untuk kita-kita aje!!!...(' ',)
dia adalah...
(Penemu X-Ray)

Jika kita menyuluh badan kita sendiri dengan lampu suluh, pancaran cahayanya tidak akan dapat menembusi diri kita. Tetapi tahukah adik-adik bahawa ada sinar yang boleh menembusi badan kita? Adik-adik tentu berasa sangat ajaib bukan? Sinaran tersebut dinamakan 'X-Ray', atau Sinar-X. Pernahkah adik-adik mendengar nama 'X-Ray'? Sinar-X adalah suatu penemuan yang sangat penting dalam bidang sains, khususnya untuk kegunaan bidang perubatan. Dengan menggunakan Sinar-X, doktor dapat melihat susunan rangka dan tulang dalam badan manusia tanpa melakukan pembedahan. Orang yang mula-mula berjaya menemui Sinar-X ini ialah Wilhelm Roentgen. Peristiwa penemuan ini berlaku pada tahun 1895. Ketika itu, Roentgen sedang mengkaji kesan mengalirkan elektrik melalui satu tiub gelas vakum. Tiba-tiba beliau mendapati sejenis sinar dihasilkan. Sinar itu membuat skrin yang berdekatan cahaya. Roentgen berasa hairan kerana kesan itu terjadi, walaupun tiub tersebut ditutup dengan kertas tebal. Sinar tersebut ialah Sinar-X. Roentgen tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Sinar-X itu. Beliau mengambil gambar Sinar-X tangan isterinya. Itulah gambar Sinar-X yang pertama dihasilkan di dunia. Bolehkah adik-adik mengagak, bagaimanakah perasaan isteri Roentgen pada masa itu? Sudah tentulah isteri beliau berasa tersangat hairan kerana dapat melihat tulang tangannya. Wilhelm Roentgen dilahirkan pada 27 Mac 1845 di Jerman dan meninggal dunia pada 10 Februari 1923. Sesungguhnya, Wilhelm Roentgen telah memberikan jasa yang sangat besar kepada dunia melalui penemuan Sinar-X itu untuk kegunaan dalam bidang perubatan.

No comments:

Post a Comment