BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 3, 2010

pEneMu pEniSiLiN???

siapakah dia??...

Alexander Fleming...

Adik-adik tentu tahu bahawa jika berlaku sesuatu peperangan, beribu-ribu nyawa akan terkorban. Malah, tidak mustahil, berjuta-juta orang mungkin terbunuh. Mereka terkorban bukan sahaja disebabkan oleh peluru dan bom, malahan juga akibat kekurangan makanan dan penyakit. Oleh yang demikian, jikalau ada sesiapa dapat menyelamatkan nyawa orang awam daripada terbunuh di dalam perang, orang itu sudah tentulah sangat berjasa besar. Tahukah adik-adik, semasa Perang Dunia Kedua dahulu, ada seorang ahli sains yang telah berjaya menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia? Beliau ialah Alexander Fleming. Alexander Fleming dilahirkan pada tahun 1881 di Scotland. Beliau ialah orang yang mula-mula sekali berjaya menemui penisilin. Walaupun penemuan itu adalah secara kebetulan, namun Fleming telah memberikan jasa yang tersangat besar untuk manusia di seluruh dunia. Semasa Fleming membuat uji kaji, satu spora kulat penisilin dalam udara telah jatuh di atas satu piring leper yang telah dilumur dengan satu lapisan bakteria yang berbahaya. Selepas beberapa hari kemudian, beliau mendapati kawasan sekeliling penisilin itu bebas daripada bakteria berbahaya tersebut. Oleh yang demikian, hal itu bermakna bahawa penisilin dapat membunuh bakteria. Semasa Perang Dunia Kedua, penisilin telah banyak menyelamatkan nyawa manusia. Penisilin digunakan sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria tanpa merosakkan sel-sel badan. Demikianlah, penisilin yang dijumpai oleh Fleming, telah berjaya menyelamatkan nyawa manusia. Malah sampai kini, penisilin masih digunakan dalam perubatan untuk merawat berbagai-bagai jenis penyakit kulit dan penyakit. Fleming meninggal dunia pada tahun 1955. Namun, jasa beliau tetap dikenang sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment