BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 17, 2010

BeLaLanG...

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. “Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Friday, July 16, 2010

kIsAh PeMotOng KayU yAng JujUr...

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Saya suka tengok jari awek saya...Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang...Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di depan yang maha Esa...Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung...Bukan sebab jeles orang lain tengok .... Tapi takut terbakar dek api nerakaSaya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh!Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya...Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama..Die tanya apa ubatnya? Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...Bahagie nye dapat pakwe macam die... Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok ..Nanti awak sakit saye susah ati " katenya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu aper pun...Berdosanye saya.... saya memang sayang dia...Nak jumper die .. Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama...Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye..

..nGaNtUk KeRr??!..

ANDA MENGANTUK?
mula-mula buat mcmni.
mcm ni..
mcm ni
then..tarik nafas..
pusingkan kepala anda
lepastu gerakkan kepala dan tanggan anda
mcmni
pusingkan kepala anda
laju lagi mcmni..
then, cari pasangan anda
buat aksi mcmni kat dia
bila pasangan anda marah
dia akan tampar anda kedinding..
mcmni
anda xakan mgantuk lagi!!
boleh teruskan bacaan di blog ni..
kalau mgantuk lagi
ulang step ni ya..semoga berjaya!!

~sOrAnG jEr??!!!...

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah...
Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama.
Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...
"... Saya adalah penjaga gol!"

Thursday, July 15, 2010

LaWaK kEmBaR...HAhaHa..:)

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruangrehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepadalelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anakkembar dua.""Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menaraberkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahukepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga.Tahniah!""Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, katalelaki yang kedua.Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelakiketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembarempat" kata jururawat itu dengan tenang."Kembar empat! Sungguh sayatak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,"kata lelaki ketiga dengan gembira.Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelakitadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,"Apakah yang merunsingkan awak?"Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Friday, July 9, 2010

RESIPI PUDING KARAMEL...

Resipi PUDING...^^





Ada yg panggil puding gula hangus/puding karamel..tp dah terbiasa panggil "cream caramel" dari kecik..this one, xpakai tepung...senang dan cepat nak buat. So, try lah...

BAHAN-BAHAN

4 biji telur
1 1/2 cwn susu segar
1/2 cwn gula
1 1/2 penutup esen vanila

CARAMEL


1/2 cwn gula
1 tbs air

CARA-CARA

1. Masak gula didalam periuk sehingga keperangan. Masukkan air. Kacau hinga caramel larut. Tuang caramel kedalam bekas cukup untuk menutupi dasar.

2. Dalam bekas lain msukkan kesemua telur dan kacau perlahan tanpa mengangkat wisk/garfu. Jangan biarkan air bubble terbentuk. Ketepikan.

3. Masak susu dan gula didalam periuk dgn api perlahan. Kacau sehingga gula larut. Matikan api sebelum mendidih.

4. Tuang susu perlahan2 kedalam telur. Masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.

5. Tapis campuran kedalam bekas berisi caramel td.


6. Kukus/bakar dgn water bath dgn suhu rendah selama 15-20 minit bergantung kpd size bekas.

7.Sejukkan sebelum dihidang. Sesuai dimakan dgn fresh strawberry. *sy kukus dgn rice cooker*