BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 3, 2010

Kawan Yang Baik Adalah Pendengar Yang Baik
Kalau adik-adik ada kawan yang baik atau dipanggil sahabat, adik-adik akan sentiasa berkongsi berita suka atau duka.
-Perkongsian suka duka ini adalah suatu petunjuk bahawa adik-adik dan kawan adik-adik itu merupakan sahabat yang rapat.

-Menjadi sahabat yang rapat bererti adik-adik bukan sahaja bersedia menceritakan masalah atau pengalaman suka duka adik kepadanya, tetapi juga bersedia mendengar cerita, pengalaman
atau masalah daripadanya.

-Menjadi pendengar yang baik bererti adik-adik tidak menyampuk apabila rakan sedang bercakap, memberi galakan untuk dia terus bercakap, menghayati isi percakapannya, dan turut merasai apa yang dirasainya.
-Usah cepat untuk menyampaikan cerita adik-adik kepadanya ketika dia sedang bercakap sebab kalau kedua-dua pihak asyik bercakap bererti tiada siapa yang mendengar.

WILHELM ROENTGEN???

siapakah dia ini???...
kalau nak tahu baca lah sendiri...
untuk kita-kita aje!!!...(' ',)
dia adalah...
(Penemu X-Ray)

Jika kita menyuluh badan kita sendiri dengan lampu suluh, pancaran cahayanya tidak akan dapat menembusi diri kita. Tetapi tahukah adik-adik bahawa ada sinar yang boleh menembusi badan kita? Adik-adik tentu berasa sangat ajaib bukan? Sinaran tersebut dinamakan 'X-Ray', atau Sinar-X. Pernahkah adik-adik mendengar nama 'X-Ray'? Sinar-X adalah suatu penemuan yang sangat penting dalam bidang sains, khususnya untuk kegunaan bidang perubatan. Dengan menggunakan Sinar-X, doktor dapat melihat susunan rangka dan tulang dalam badan manusia tanpa melakukan pembedahan. Orang yang mula-mula berjaya menemui Sinar-X ini ialah Wilhelm Roentgen. Peristiwa penemuan ini berlaku pada tahun 1895. Ketika itu, Roentgen sedang mengkaji kesan mengalirkan elektrik melalui satu tiub gelas vakum. Tiba-tiba beliau mendapati sejenis sinar dihasilkan. Sinar itu membuat skrin yang berdekatan cahaya. Roentgen berasa hairan kerana kesan itu terjadi, walaupun tiub tersebut ditutup dengan kertas tebal. Sinar tersebut ialah Sinar-X. Roentgen tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Sinar-X itu. Beliau mengambil gambar Sinar-X tangan isterinya. Itulah gambar Sinar-X yang pertama dihasilkan di dunia. Bolehkah adik-adik mengagak, bagaimanakah perasaan isteri Roentgen pada masa itu? Sudah tentulah isteri beliau berasa tersangat hairan kerana dapat melihat tulang tangannya. Wilhelm Roentgen dilahirkan pada 27 Mac 1845 di Jerman dan meninggal dunia pada 10 Februari 1923. Sesungguhnya, Wilhelm Roentgen telah memberikan jasa yang sangat besar kepada dunia melalui penemuan Sinar-X itu untuk kegunaan dalam bidang perubatan.

pEneMu pEniSiLiN???

siapakah dia??...

Alexander Fleming...

Adik-adik tentu tahu bahawa jika berlaku sesuatu peperangan, beribu-ribu nyawa akan terkorban. Malah, tidak mustahil, berjuta-juta orang mungkin terbunuh. Mereka terkorban bukan sahaja disebabkan oleh peluru dan bom, malahan juga akibat kekurangan makanan dan penyakit. Oleh yang demikian, jikalau ada sesiapa dapat menyelamatkan nyawa orang awam daripada terbunuh di dalam perang, orang itu sudah tentulah sangat berjasa besar. Tahukah adik-adik, semasa Perang Dunia Kedua dahulu, ada seorang ahli sains yang telah berjaya menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia? Beliau ialah Alexander Fleming. Alexander Fleming dilahirkan pada tahun 1881 di Scotland. Beliau ialah orang yang mula-mula sekali berjaya menemui penisilin. Walaupun penemuan itu adalah secara kebetulan, namun Fleming telah memberikan jasa yang tersangat besar untuk manusia di seluruh dunia. Semasa Fleming membuat uji kaji, satu spora kulat penisilin dalam udara telah jatuh di atas satu piring leper yang telah dilumur dengan satu lapisan bakteria yang berbahaya. Selepas beberapa hari kemudian, beliau mendapati kawasan sekeliling penisilin itu bebas daripada bakteria berbahaya tersebut. Oleh yang demikian, hal itu bermakna bahawa penisilin dapat membunuh bakteria. Semasa Perang Dunia Kedua, penisilin telah banyak menyelamatkan nyawa manusia. Penisilin digunakan sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria tanpa merosakkan sel-sel badan. Demikianlah, penisilin yang dijumpai oleh Fleming, telah berjaya menyelamatkan nyawa manusia. Malah sampai kini, penisilin masih digunakan dalam perubatan untuk merawat berbagai-bagai jenis penyakit kulit dan penyakit. Fleming meninggal dunia pada tahun 1955. Namun, jasa beliau tetap dikenang sepanjang zaman.

rEs!p! tEpUng BunGkUs...

BAHAN-BAHAN :

1 paket tepung bungkus.
2 mangkuk santan pekat.
50gm tepung ubi.
10 helai daun pisang (dipotong empat segi panjang).

BAHAN INTI :

300gm kacang merah (direbus hingga empuk).
100hm gula pasir.
1 helai daun pandan.
1/2 biji kelapa yang diparut.
2 ketul gula melaka (kecil).
1/2 cawan air.


CARA-CARANYA :

Masukkan air, gula melaka dan gula pasir. Kemudian masukkan
daun pandan. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian tapis.

Masukkan kelapa dan kacang merah ke dalam air gula. Kacau sehingga agak kering, kemudian angkat.

Kacau santan pekat dengan tepung pulut dan tepung ubi dengan api sederhana besar.

Apabila agak pekat, letakkan adunan sedikit demi sedikit di atas daun pisang.

Kemudian letakkan inti di atasnya dan bungkus.

Kukus di dalam periuk pengukus hingga masak.